Covid-19: Venezuela, Nicaragua catat kematian pertama

Iklan
Foto: 123RF

MEXICO CITY - Venezuela melaporkan kematian pertama akibat Covid-19 dan jumlah kes disahkan setakat ini sebanyak 107, kata Naib Presiden Delcy Rodriguez.

Kes kematian itu membabitkan seorang pekerja berumur 47 tahun di Aragua manakala seramai 31 pesakit telah pulih, lapor agensi berita Sputnik.

Iklan
Iklan

Venezuela antara negara yang menguatkuasakan perintah kuarantin di seluruh negara untuk membendung penularan wabak maut itu.

Sementara itu, Nicaragua turut mencatatkan kes kematian pertama akibat Covid-19, menurut Kementerian Kesihatan.

Iklan

Setakat ini hanya dua kes disahkan dilaporkan di Nicaragua.

Menurut Universiti Johns Hopkins, lebih 531,000 orang dijangkiti wabak itu di seluruh dunia dengan lebih 24,000 kematian. - Bernama

Iklan