KLANG - Polis menafikan mesej tular mendakwa 'fully lockdown' yang kononnya disebarkan oleh seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, pihaknya mengesan mesej terbabit tersebar di media sosial Facebook dan WhatsApp.
Iklan
Iklan
"Kita menafikan sekeras-kerasnya sebarang mesej atau kenyataan sedemikian.
"Itu adalah berita palsu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, satu mesej berbahasa Inggeris menyatakan bahawa Selangor dijangka berdepan perintah berkurung tidak lama lagi kerana ramai pesakit Covid-19 dari negeri ini serta meminta orang ramai mencukupkan keperluan harian.