Peniaga didakwa naikkan harga roti Gardenia

Iklan
Paparan Facebooknya tular di laman sosial.

SHAH ALAM - Seorang pengguna melahirkan rasa kecewa terhadap peniaga yang mengambil kesempatan apabila menjual barangan seperti roti Gardenia pada harga tinggi.

Luahan itu dikongsi oleh pengguna akaun Facebook dikenali Amatsu Chi.

Iklan
Iklan

Katanya, sebuah kedai telah meletakkan harga RM4.40 jauh beza dengan kebiasaan RM3.55 bagi pek jumbo 600 gram.

"Kedai runcit lain ada je jual tapi harga ikut yang pihak Gardenia tetapkan. Saya singgah kedai ni tak beli pun sebab nampak harga macam itu.

Iklan

"Saya agak dah ketika wabak Covid-19 ni, mesti ada kedai runcit pandai-pandai letak harga sendiri. Mohon pihak berwajib beri penjelasan isu ni. Harga asal ditetapkan RM3.55, lepas tu kedai ni naikkan RM4.40," katanya.

Dalam pada itu, perkongsiannya itu menarik perhatian netizen dan menasihatkan pengguna berkenaan membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Iklan

"Buat laporan kat KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), masa kritikal macam nie baru nak main tekan harga, harga asal dah ada tertera, dia nak kaut keuntungan pula," kata Jay Kash.

Kata Zura Ida, tiada kenaikan harga pada roti Gardenia kerana harga tetap sama.

"Saya baru beli roti Gardenia di Johor harga masih sama, mungkin kedai tu yang naikkan harga. Sepatutnya ikut harga yang Gardenia tetapkan tapi kedai tu pandai-pandai letak tanda harga lain," katanya.

Azlan A Aziz turut berharap pengguna lebih tegas jika berlaku isu meletakkan harga barangan tidak menepati piawaian ditetapkan.

"Tidak bagi peluang pada peniaga yang ambil kesempatan masa rakyat kesusahan. Jangan bagi muka.

"Kita sebagai pengguna tak perlu takut sebab mereka perlukan kita dan bukan sebaliknya. Kalau kita boikot kedai, dia yang susah sebab barang tak jalan. Kita ok aje sebab boleh pergi kedai lain," katanya.