Denda RM30,000 jika langgar jarak hubungan sosial di Singapura

Iklan
Salah sebuah premis perniagaan di Singapura yang meletakkan jarak satu meter untuk pelanggan mereka beratur di bawah langkah jarak hubungan sosial lebih ketat yang dilaksanakan di negara itu.

SINGAPURA - Rakyat Singapura boleh berdepan denda maksimum SG$10,000 (RM30,000) dan hukuman penjara sehingga enam bulan jika mereka sengaja berdiri hampir dengan individu lain sekali gus tidak mematuhi arahan jarak hubungan sosial.

Peraturan lebih tegas itu diumumkan hari ini sebagai usaha untuk membendung penularan koronavirus (Covid-19) yang telah merekodkan 683 kes jangkitan dan dua kematian.

Iklan
Iklan

Di bawah langkah itu, individu dilarang berdiri terlalu hampir kurang satu meter dengan orang lain ketika beratur atau duduk di tempat awam.

Pemilik premis perniagaan juga perlu mengambil langkah untuk melaksanakan jarak hubungan sosial tersebut atau bakal berdepan hukuman sama jika melanggar peraturan tegas tersebut.

Iklan
Iklan

Awal minggu lalu, Kementerian Kesihatan mengumumkan pemerintah perlu menguatkuasakan langkah jarak sosial yang lebih selamat. - AFP