KOTA BHARU - Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan kerajaan prihatin dan cakna kepada rakyat walaupun terpaksa berbelanja berbilion Ringgit.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, hakikatnya kerajaan merasai kesusahan dialami rakyat dan pakej tersebut bertujuan memberikan lebihan tunai ke dalam poket mereka.
Iklan
Iklan
"Jika dibandingkan dengan Singapura yang memperuntukkan AS$33 bilion atau kira-kira RM120 bilion untuk pakej rangsangan ekonomi, kelihatan kerajaan Malaysia bertindak berani dengan memperuntukkan jumlah yang jauh lebih besar.
"Sekalipun adalah tidak adil membandingkan Singapura dengan Malaysia yang sangat berbeza dari pelbagai sudut, namun setidak-tidaknya negara ini masih mempunyai kekuatan ekonomi untuk menghubungkan pakej rangsangan yang sangat besar," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Dengan moto 'no body left behind' (tiada sesiapa yang dipinggirkan), Ahmad Fadhli berkata, kerajaan juga dilihat berharap semua pihak dapat menikmati sedikit sebanyak daripada pakej rangsangan diumumkan itu.
"Semoga Malaysia terus maju ke hadapan dan dibebaskan secepat mungkin daripada ujian yang sangat besar ini, insya-ALLAH," katanya.
Artikel Berkaitan