SHAH ALAM - Orang ramai dinasihatkan berhati-hati membeli topeng muka daripada mana-mana pihak kerana dibimbangi ia sebenarnya milik atau bagi kegunaan Kementerian Kesihatan.
Pemilik Twitter, Christopher mengingatkan pengguna membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mendapati pada bahagian tepi kotak topeng muka tertera perkataan bagi kegunaan kementerian itu.
"Salah satu punca stok bagi kakitangan tidak mencukupi adalah kerana diseludup dan dijual oleh individu tidak bertanggungjawab," dakwanya.
Status dimuat naik itu mendapat pelbagai respons daripada pelayar media sosial itu yang meminta pihak berkuasa mengenakan tindakan berat kepada individu tidak bertanggungjawab kerana menyukarkan tugas barisan hadapan negara.
Wanie Sulaiman berkata, kilang berusaha mempercepatkan proses menyiapkan topeng muka bagi kegunaann kakitangan Kementerian Kesihatan ketika menangani wabak Covid-1, namun ada pihak mengambil kesempatan.