GEORGETOWN - Grab Malaysia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas bantuan yang diberikan di bawah Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) kepada 120,000 pemandu e-hailing yang pendapatan mereka terjejas akibat pandemik Covid-19.
Ketua Negara Grab Malaysia Sean Goh berkata, syarikat itu menyambut baik bantuan wang tunai secara ‘one-off’ sebanyak RM500 kepada setiap pemandu dan menyifatkan wang itu akan membantu dalam tempoh mencabar ini. Bantuan wang tunai berkenaan akan dibayar bulan hadapan.