Brunei catat kematian pertama Covid-19

Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123RF

BANDAR SERI BEGAWAN - Brunei melaporkan kematian pertama akibat Covid-19.

Kementerian Kesihatannya hari ini memberitahu, mangsa seorang lelaki berusia 64 tahun yang pulang dari Malaysia dan Kemboja pada 4 Mac, lapor agensi berita Xinhua.

Iklan
Iklan

Pesakit itu meninggal dunia pada Jumaat malam di Pusat Pengasingan Kebangsaan di daerah Tutong, mangsa merupakan kes Ccovid-19 ke-25.

Satu lagi kes baharu dilaporkan pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 115. - Bernama

Iklan
Iklan