KUALA LUMPUR- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkongsi usaha Malaysia menangani Covid-19 dengan menteri-menteri kesihatan seluruh dunia dalam satu sesi telesidang mereka bersama Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus malam tadi.
Dalam sesi ‘Virtual Information Session On Covid-19 By WHO’ itu, Dr Adham turut mengambil peluang memperjelaskan tahap kesiapsiagaan yang diambil kementeriannya dalam membendung penyebaran Covid-19 di negara ini.