28 individu ditahan langgar PKP
Iklan
Seramai 10 individu berusia antara 21 hingga 32 tahun yang ditahan di Arau direman selama empat hari bermula hari ini hingga 31 Mac depan.
KANGAR - Seramai 28 individu lagi ditahan reman kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Arau dan Kangar.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Nanda Maarof berkata, perintah reman selama empat hari bermula hari ini ke atas 10 individu berusia 21 hingga 32 tahun.
Iklan
Iklan
Katanya, perintah reman kepada kesemua mereka yang ditahan di Arau itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kangar, Monica Joseph Gaisah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, seramai 18 individu berusia antara 16 hingga 45 tahun termasuk seorang warga Indonesia yang ditahan di Kangar dibebaskan dengan jaminan polis dan dikenakan denda.
Iklan
Seramai 10 individu direman empat hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret Kangar.
"Semua mereka dikesan melakukan kesalahan melanggar PKP di beberapa lokasi awam dan premis perniagaan disiasat di bawah pelbagai kesalahan mengikut Peraturan 7 kurungan 1 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
"Setakat ini, 30 individu telah ditahan di seluruh Perlis atas kesalahan melanggar PKP termasuk dua lelaki yang menjadi individu pertama direman di Perlis semalam," katanya.
Iklan
Sebelum ini, seorang peruncit dan pelanggannya dilaporkan direman dua hari selepas didapati gagal mematuhi PKP apabila gagal memberi alasan munasabah selepas didapati berada di sebuah kedai runcit di Kampung Kolam kira-kira jam 12.15 malam.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam