PUTRAJAYA - Kerajaan menepis dakwaan kononnya akan ada pengumuman berkaitan darurat atau perintah berkurung seperti disebarkan ketika ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan berita palsu itu kerana ketika ini kerajaan masih bertindak mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) dan bukannya perintah berkurung.