Pulau Pinang pindahkan gelandangan: Exco
Iklan
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Po ketika operasi menyelematkan gelandangan di sekitar Komtar. malam tadi. -Foto Buletin Mutiara
GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang memindahkan gelandangan di negeri ini terutama yang berada di perkarangan Komtar ke Kompleks Masyarakat Penyayang di sini agar mereka lebih selamat ketika negara berusaha membendung wabak Covid-19.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata, 72 gelandangan sudah dipindahkan sejak semalam.
Iklan
Iklan
"Setiap gelandangan yang diselamatkan akan disaring kesihatan terlebih dahulu supaya tiada yang dijangkiti Covid-19. Pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menyediakan makanan di kompleks itu," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, Boon Poh turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung peruntukan berjumlah RM25 juta untuk bantuan makanan, penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan kepada rumah perlindungan, pusat bantuan serta gelandangan melalui kerjasama dengan NGO dan usahawan sosial.
Iklan
Tinjauan Bernama di kawasan Komtar mendapati gelandangan turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjarakkan diri masing-masing dan sebahagiannya mendakwa sering menerima makanan daripada individu atau NGO, namun sukar mencari penutup mulut dan hidung kerana ketiadaan wang.
Seorang lelaki mahu dikenali sebagai Teoh, 50-an, berkata, dia sudah bergelandangan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan 18 Mac hingga 14 April kerana tiada tempat hendak berteduh dan tinggal di kaki lima Komtar bersama gelandangan lain pada sebelah malam namun pada siang dia mencari kerja.
Iklan
"Sejak PKP memang tiada kerja kedai makanan tempat saya bekerja sebagai pencuci pinggan juga tutup dan sekarang ini kami bergantung kepada NGO untuk makan.
"Jika dipindahkan ke dewan, saya memang bersetuju kerana sejak penularan Covid-19 ini ada juga rasa bimbang takut dijangkiti," katanya. -Bernama
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam