95 peratus warga Jerantut patuh PKP

Iklan
Lebih 300 anggota polis di Jerantut terlibat sepanjang PKP dengan bantuan 41 anggota tentera dan PGA.

JERANTUT - Lebih 300 anggota polis di Jerantut terlibat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini mencapai tahap pematuhan 95 peratus sejak dilaksanakan 18 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, kawalan turut membabitkan masing-masing seramai 41 anggota tentera dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Iklan
Iklan

Menurutnya, sehingga kini semua alasan munasabah diterima daripada penduduk dan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Kita membuat pemantauan rapi terhadap apa aktiviti masyarakat melibatkan agama berkaitan kematian, perkahwinan supaya arahan dipatuhi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Mazlan berkata, polis juga telah menasihatkan masyarakat melalui ketua dan pemimpin masyarakat semua kaum bekerjasama dengan arahan terbabit.

Mengulas mengenai lokasi tumpuan pelancong di Jerantut, beliau berkata, pihaknya turut mendapatkan kerjasama penduduk setempat supaya pematuhan itu dipenuhi.

Iklan

"Buat masa sekarang, Taman Negara dan semua tempat pelancongan ditutup kepada orang ramai.

"Kita mendapatkan kerjasama penduduk tempatan di Kuala Tahan, Kampung Sat dan Kampung Bantal untuk memantau keadaan selain kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai duduk di rumah dan berdoa supaya wabak segera berakhir.

"Doakan untuk kami dan jabatan yang berada di barisan hadapan dipermudahkan urusan. Utamakan keselamatan, hadkan jarak, gunakan pelindung muka ketika di lapangan," katanya.