LONDON - Seorang kanak-kanak autisme dan mengalami masalah pendengaran teruja apabila menerima kad hari ulang tahunnya dari seluruh dunia.
Ibunya, Natasha James, 33, berkata, anaknya berusia 9 tahun itu tidak memiliki ramai kawan kerana terpaksa menjalani rawatan di sebuah hospital sejak setahun lalu.
Iklan
Iklan
"Persekolahan Dylan terpaksa ditangguhkan tahun lepas kerana keadaan kesihatannya. Dia kehilangan ramai kawan sejak dirawat hospital sembilan bulan lalu." katanya kepada Mirror.
Natasha yang mahu membuat kelainan sempena hari lahir anak istimewanya itu telah memuat naik video di laman sosial meminta pertolongan pengguna Facebook berkongsi kasih sayang dengan memberi kad ucapan untuk Dylan.
"Video itu sekadar untuk menceriakan Dylan. Saya terkejut sambutan luar biasa apabila menerima kad ucapan setiap hari sehingga keseluruhan sebanyak 714 kad.
"Walaupun kini wabak koronavirus (Covid-19) dan perlu kuarantin diri tetapi ramai membantu.
"Terima kasih kepada pemberi, saya pun tidak tahu siapa mereka namun telah membuatkan anak saya gembira. Paling jauh kad dari Australia," ujarnya.