PKS alu-alukan Pakej Rangsangan Prihatin: Wan Junaidi

Iklan
Orang awam mengikuti siaran langsung pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengalu-alukan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang dianggap sebagai sangat menyeluruh.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, suntikan daripada pakej rangsangan itu dapat membantu PKS yang merupakan 95 peratus penjana industri negara untuk meneruskan operasi dan mengekalkan pekerja.

Iklan
Iklan

"Apa yang dirancang dan dibuat oleh pihak kerajaan ketika ini adalah untuk membantu mereka ini kerana menyumbang kepada ekonomi Malaysia dalam keadaan yang sangat mencabar sekarang.

"Ini bukan (sahaja) fenomena negara, ia adalah fenomena global tetapi kerajaan telah menyediakan pelan untuk membantu pihak industri, membantu pekerja, membantu orang di bawah B40,” katanya selepas majlis pengumuman dividen dan prestasi kewangan Bank Rakyat bagi 2019, di sini hari ini.

Iklan

Sementara itu Wan Junaidi berkata, memandangkan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan ketika ini yang menyaksikan banyak industri terpaksa menghentikan sementara operasi mereka, sumbangan sektor PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara akan dikaji semula.

"Kita akan mengaturkan satu mesyuarat pada hari Isnin dan kementerian akan buat pembentangan pada jawatankuasa ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Menteri-Menteri.

Iklan

"Di bawahnya ada Jawatankuasa Ekonomi dan akan mendengar laporan daripada kita serta melihat apakah trajektori yang akan dibuat pada masa akan datang pada tahun 2020 dan ke hadapan," katanya.

Beliau berkata, ketika tempoh PKP ini hanya perkhidmatan yang perlu dibenarkan menjalankan operasi yang telah memberi kesan kepada sektor PKS. -Bernama