Kami tidak akan berkompromi - Hasanuddin

Iklan
Datuk Hasanuddin Hasaan

KOTA BHARU – Polis Kelantan tidak akan berkompromi dengan individu atau pihak yang tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bertujuan menyekat penularan wabak Covid-19.

Ketua Polis, Datuk Hasanuddin Hasaan berkata, pihaknya akan menjalankan tugas sebaik mungkin dan tidak mahu masyarakat menganggap PKP tidak serius.

Iklan
Iklan

"Arahan PKP bukan untuk menyeksa masyarakat tetapi menyelamatkan mereka daripada penularan wabak Covid-19 ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, sejak Op Covid-19 dilancarkan, Kelantan mencatatkan 88 tangkapan termasuk 24 hari ini, membabitkan kawasan bandar dan kampung.

Iklan

"Mereka keluar tanpa alasan munasabah. Ini yang kita tidak mahu, jangan anggap arahan kerajaan ini satu bahan lawak kerana realitinya adalah sangat perit jika anda dijangkiti wabak tersebut.

"Bantulah kami untuk bantu anda. Duduklah di rumah, lupakan seketika aktiviti melepak dan sebagainya,” katanya.

Iklan