ANKARA - Iran mencatatkan 139 kematian akibat koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini seramai 2,517, umum Kementerian Kesihatan pada Sabtu
Jurucakap kementerian, Kianoush Jahanpour berkata, dalam tempoh sama, seramai 3,076 orang dijangkiti virus itu, menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah 35,408, lapor agensi berita Anadolu.
Tambah beliau, lebih 3,200 pesakit berada dalam keadaan kritikal. - Bernama