Tiga buruh berdepan hukuman gantung

Iklan
Anggota polis berjaya merampas dadah jenis heroin dan syabu yang bernilai RM3450 dalam satu operasi di Ladang Nangka Felda Keratong 4, di sini, semalam.

ROMPIN - Tiga buruh lelaki berdepan hukuman gantung selepas didapati memiliki dadah ketika ditahan dalam serbuan di Ladang Nangka Felda Keratong 4, di sini, semalam

Ketiga-tiga lelaki itu ditahan dalam serbuan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Nakotik Ibu (BSJN) Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin dengan kerjasama Balai Polis Rompin dan Balai Polis Bukit Ibam serta Balai Polis Muadzam Shah, jam 7.26 malam.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azly Mohd Noor berkata, ketika operasi dijalankan, suspek menyedari kehadiran polis dan bertindak melarikan diri namun berjaya ditahan pasukan operasi.

Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan ke atas suspek tidak menjumpai sebarang dadah pada badan mereka.

Iklan

"Namun, hasil pemeriksaan di tempat suspek berada sebelum melarikan diri telah menjumpai satu beg galas dan di dalamnya terdapat satu paket plastik lutsinar mengandungi serbuk dan ketulan warna kekuningan disyaki dadah jenis heroin seberat 70.16 gram yang bernilai RM3,000.

"Kita juga turut menjumpai beg berwarna merah yang di dalamnya terdapat satu paket plastik lutsinar dan satu paket plastik lutsinar kecil berisi 15 keratan tiub lutsinar disyaki syabu seberat 6.35 gram yang bernilai RM450,"katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Iklan

Azly, berkata hasil saringan awal mendapati ketiga-tiga lelaki itu didapati positif dadah jenis morfin.

"Hasil semakan mendapati suspek pertama yang berusia 31 tahun mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dengan dadah dan suspek kedua berumur 43 tahun mempunyai dua rekod lampau membabitkan kes dadah dan jenayah.

"Manakala suspek terakhir yang berusia 46 tahun lima rekod jenayah lampau yang juga berkaitan dengan kes dadah," katanya.

Tambahnya, kesemua suspek kini ditahan mengikut Seksyen 39A(2) ADB yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan 10 sebatan.