Abang Foodpanda berkongsi rezeki

Iklan
Paparan Twitter Night Rider hulur bantuan kepada petugas barisan hadapan curi perhatian orang ramai.

KUALA LUMPUR - Penghantar makanan Foodpanda mengambil inisiatif berkongsi rezeki dengan menyumbang makanan kepada petugas barisan hadapan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini.

Walaupun pendapatan mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sikap pemurah mereka wajar dicontohi masyarakat.

Iklan
Iklan

Pelayar Twitter dikenali Night Rider telah berkongsi video di mana beberapa pekerja Foodpanda dilihat mengagihkan makanan pada waktu malam kepada anggota polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan petugas perubatan.

"Terharu melihat rider-rider #foodpanda #petalingjaya sudi berkongsi duit gaji masing-masing untuk beri sumbangan kepada jururawat, doktor, #pdrm dan #atm memastikan pencegahan #covid19 berjaya diatasi.

Iklan

"Sumbangan tidaklah sebesar mana, sekadar hargai satu sama lain dan mereka di barisan hadapan," ciapnya.

Kata Night Rider, meskipun letih bertugas seharian ke hulu ke hilir menghantar makanan kepada pelanggan, namun pengorbanan mengagihkan makanan kepada petugas barisan hadapan seperti mereka sudah cukup bermakna.

Iklan

Menyifatkan tindakan mereka sumber inspirasi kepada orang ramai kerana saling bantu-membantu dan bersatu, netizen mendoakan mereka dimurahkan rezeki.

"Besar pahala mereka, moga dimurahkan rezeki," ciap @hriz.

@nurhafiza berkata,"Biar tidak sebesar mana, asalkan mereka ikhlas dalam memberi. Tahniah, kemampuan anda untuk berkongsi rezeki dengan orang lain, di dalam kepenatan mereka."