Jamal tawar resort sebagai pusat kuarantin Covid-19

Iklan
Status itu dimuat naik menerusi akaun Facebook Iqbal Khalid, malam tadi.

SABAK BERNAM - Pemilik Sekin Fisherman Village Hotel & Resort, Datuk Seri Jamal Md Yunos menawarkan resort berkenaan sebagai pusat kuarantin dan rawatan pesakit Covid-19 di utara Selangor.

Menerusi status yang dimuat naik di Facebook Iqbal Khalid berkata, resort di Jalan Pantai Redang Sekinchan itu mampu menampung sehingga 300 hingga 400 jumlah pesakit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, cadangan itu diharap mendapat pertimbangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

"Diharap inisiatif ini dapat membantu kerajaan Malaysia menangani penularan wabak Covid-19 tersebut," katanya.

Iklan

Sementara itu, Sinar Harian sedang berusaha menghubungi Jamal yang Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Sebelum ini, sebanyak 409 lokasi termasuk 46 di Selangor diwartakan sebagai pusat kuarantin bagi menghadapi pandemik Covid-19 selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Iklan

Senarai itu termasuk Institut Pendidikan Guru (IPG), kolej komuniti, Institut Kemahiran Mara, pusat latihan, dan Taman Negara Similajau di Bintulu, Sarawak.