PKP: Polis tutup jalan kampung

Iklan
Polis menutup beberapa jalan kampung di Kuala Klawang.

JELEBU- Polis bertindak menutup beberapa jalan kampung di kawasan Kuala Klawang di sini semalam selepas mendapati ada penduduk yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis daerah Jelebu, Deputi Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, polis telah memberi amaran supaya mereka duduk di rumah sepanjang PKP namun masih ada yang ingkar.

Iklan
Iklan

"Kita kesal dengan sikap mereka yang berdegil menggunakan beberapa jalan kampung di kawasan Kuala Klawang bagi mengelak sekatan jalan raya," katanya yang turut memantau penutupan jalan itu semalam.

Mengulas lanjut, Kamarul Rizal berkata, pihaknya berharap masyarakat dapat menghadkan pergerakan dalam tempoh PKP untuk keselamatan diri dan keluarga.

Iklan

"Masyarakat juga diingatkan tidak mengambil kesempatan terhadap kelonggaran yang diberikan untuk mendapatkan keperluan harian sehingga menjadi alasan apabila ditahan dalam sekatan jalan raya.

"Sekiranya perlu keluar, keluar berseorangan dan bukan berkumpulan, hanya pergi ke tempat terdekat untuk membeli barangan keperluan atau makanan dalam tempoh singkat.

Iklan

"Janganlah pentingkan diri sendiri, 'Just stay at home' dan luangkan masa bersama anak, isteri dan ahli keluarga," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, polis daerah ini bersama agensi lain akan terus memantau pergerakan orang awam sepanjang PKP termasuk 39 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 24 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) daerah.