Kuwak mahu kerajaan permudahkan proses sumbangan

Iklan
Ariati

KOTA BHARU – Kelab Usahawan Wanita Kelantan (Kuwak) berharap kerajaan dapat mempermudahkan dan mempercepatkan proses Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusinya, Nor Ariati Salleh berkata, tindakan itu penting bagi memastikan usahawan dan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) mendapat manfaat daripada sumbangan tersebut.

Iklan
Iklan

"Kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana peruntukan tersebut menyeluruh dan melibatkan keperluan semua golongan masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurutnya, kerajaan mengambil langkah bijak dengan bantuan tersebut kerana penggiat IKS adalah penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara.

Iklan

Tambahnya, peruntukan kewangan bagi modal permulaan dan tambahan RM50 bilion kepada skim jaminan kerajaan di lihat dapat membantu penggiat industri kecil dan sederhana yang terjejas di semua peringkat mikro, kecil dan sederhana.

"Subsidi upah sebanyak RM600 dan penurunan kadar faedah pinjaman mikro kepada dua peratus juga di lihat sangat memberi impak kepada usahawan IKS.

Iklan

"Saya berharap proses pelaksanaan, penilaian kelayakan dan proses pembiayaan selepas ini dapat dilakukan dengan cepat. Saya berharap agensi terlibat dapat menyediakan mekanisme yang memudahkan usahawan selepas ini,” katanya.