Tempoh bayaran sewa PPR, RSK dipanjangkan - MB

Iklan
Datuk Ir Hasni Mohammad

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor hari ini bersetuju memanjangkan pengecualian pembayaran sewa bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa Kerajaan (RSK) kepada tempoh enam bulan bermula April ini.

Menteri Besarnya, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, sebelum ini pengecualian pembayaran sewa itu diumumkan hanya untuk April hingga Jun yang membabitkan jumlah keseluruhan 11,938 penyewa.

Iklan
Iklan

"Kerajaan negeri juga memberikan pengecualian sewaan untuk semua premis perniagaan milik kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bermula April sehingga Disember," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kerajaan negeri menyambut baik langkah proaktif kerajaan Persekutuan menerusi pengumuman Perdana Menteri mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) Jumaat lalu.

Iklan

"Pakej rangsangan berjumlah RM250 bilion itu adalah satu peruntukan yang sangat besar dan membuktikan kerajaan komited memastikan rakyat negara ini mendapat manfaat ketika berhadapan dengan tempoh sukar ini," katanya.

Selain itu katanya, kerajaan negeri berharap rakyat Johor menggunakan peruntukan itu dengan sebaiknya selain mematuhi arahan yang diberi dan sentiasa berada duduk di rumah supaya dapat memutuskan rangkaian wabak koronavirus (Covid-19) yang membawa maut itu.

Iklan

"Di kesempatan ini, saya ingin menyeru orang ramai berdoa, semoga negara ini khususnya rakyat negeri Johor sentiasa dilindungi ALLAH SWT, semoga wabak Covid-19 ini berakhir dengan segera," katanya.