Mungkin tiada bazar Ramadan di Kelantan tahun ini: MB

Iklan
Ahmad ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat MKN peringkat negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim.

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan memaklumkan kemungkinan besar tiada bazar Ramadan di negeri ini pada tahun ini berikutan situasi semasa wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda seluruh negara.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara tersebut masih belum dimuktamadkan lagi dan ia akan dibincangkan.

Iklan
Iklan

"Setakat ini kita lihat kepada keadaan dan persekitaran semasa. Kita tidak akan adakan bazar Ramadan. Mungkin tidak ada.

"Sebab apabila bazar Ramadan beroperasi ramai yang akan berkumpul. Keputusan belum dimuktamadkan lagi,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim.

Iklan

Hadir sama, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan.

Sementara itu, Ahmad juga memberitahu, kerja-kerja menyah kuman di pasar awam di Kota Bharu akan dilaksanakan bermula esok secara berperingkat dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan.

Iklan

Dalam pada itu mengulas lanjut mengenai keadaan semasa Covid-19 di Kota Bharu yang diisytiharkan sebagai zon merah, Ahmad berkata, untuk masa ini tiada keperluan untuk melaksanakan 'lockdown'.

"Setakat ini tiada lagi (keperluan lockdown), tapi kita tingkatkan usaha menjaga kebersihan. Antaranya pensterilan di pasar-pasar basah. Contohnya di Pasar Siti Khadijah dan Pasar Pengkalan Chepa,” katanya.