Belanda tarik balik 600,000 topeng muka diimport dari China

Iklan
Gambar hiasan

AMSTERDAM- Pihak berkuasa Belanda menarik balik 600,000 topeng muka yang diimport dari China kerana tidak memenuhi piawaian ditetapkan, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan pada Sabtu.

Kementerian Kesihatan menarik balik topeng muka jenis FFP2. Belanda mengimport 1.3 juta topeng muka dari China, dalam usahanya untuk membendung wabak Covid-19, menurut stesen televisyen NOS.

Iklan
Iklan

Belanda mempunyai 1,819 kes jangkitan dengan jumlah kematian seramai 639 orang. - BERNAMA