LZNK sedia peruntukan tambahan RM9.7 juta untuk Ramadan
Iklan
Syeikh Zakaria (tengah) bersama petugas LZNK dengan kerjasama Rejimen 513 Askar Wataniah (AW) Kem Bukit Pinang mengagihkan bekalan makanan tambahan 'Food Bank Zakat Kedah' di masjid-masjid dalam daerah Kota Setar, Selasa lalu.
ALOR SETAR - Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM9.7 juta untuk memastikan tiada rakyat Kedah terputus bekalan makanan sepanjang tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, peruntukan tambahan itu juga mendapat perkenan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sebagai persediaan menghadapi Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.
Iklan
Iklan
Menurutnya, bekalan makanan tambahan terbabit akan diserahkan kepada semua 578 buah masjid yang dijadikan Pusat Bekalan Makanan Fakir dan Miskin Zakat Kedah secara berperingkat.
"Untuk fasa pertama, agihan dilakukan pada awal April, diikuti fasa dua sekitar pertengahan April untuk persediaan awal Ramadan, fasa ketiga pula pada awal Mei dalam bulan Ramadan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Iklan
Syeikh Zakaria berkata, setiap masjid dibekalkan dengan tiga item asas iaitu 300 kampit beras 5 kilogram, 600 tin sardin dan 300 botol kicap, menjadikan jumlah keseluruhan agihan setiap masjid untuk ketiga-tiga fasa adalah 900 set.
"Agihan dilakukan oleh Penolong Amil LZNK dengan mematuhi aspek-aspek keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dalam tempoh PKP,” katanya.
Iklan
Menurutnya, peruntukan untuk keseluruhan tiga fasa bernilai RM9.7 juta ini memanfaatkan lebih 520,000 buah keluarga di seluruh negeri Kedah.
Pada 21 Mac lalu, LZNK menyediakan peruntukan lebih RM7 juta untuk diagihkan kepada golongan sasar di negeri itu yang terkesan akibat pelaksanaan PKP dan penularan wabak Covid-19, yang memanfaatkan lebih 90,244 keluarga.
"Sebelum ini, Sultan Sallehuddin turut perkenan untuk LZNK melancarkan sistem tabung dana Covid-19 yang dinamakan Asnaf Care Lembaga Zakat Negeri Kedah bagi menampung perbelanjaan ketika ini.
"Asnaf Care dibangunkan LZNK bagi memberi peluang masyarakat menyumbang untuk meringankan beban golongan memerlukan terutama mereka yang terputus bekalan makanan dalam tempoh PKP,” katanya.
Sehubungan itu, Syeikh Zakaria mengalu-alukan syarikat korporat mahupun perseorangan untuk menyumbang kepada dana Asnaf Care Covid-19 yang boleh disalurkan secara atas talian di laman sesawang http://asnafcare.com.my.
"Penyumbang boleh menghubungi talian khas Aduan ICT LZNK di talian 019-488 1740. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan agihan bantuan dalam tempoh PKP, boleh dirujuk kepada Pejabat Zakat Daerah masing-masing di talian khas yang disediakan,” katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam