Aktiviti pembelian secara berbisik dihentikan
Iklan
Pembeli secara individu tidak dibenarkan membeli hasil laut di Pasar Bisik Kuala Muda, Penaga bermula semalam.
KEPALA BATAS - Aktiviti pembelian secara berbisik di Pasar Bisik Kuala Muda, Penaga di sini dihentikan serta-merta dan nelayan akan menjual hasil laut secara terus kepada peraih.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pembelian secara runcit tidak dibenarkan sebagai usaha memastikan Perintah Kawalan Pergerakan diimplementasikan secara menyeluruh.
Iklan
Iklan
"Pembelian hanya boleh dilakukan oleh peraih sahaja. Bagaimanapun, kaedah itu akan kembali seperti biasa jika Perintah Kawalan Pergerakan berakhir.
"Keputusan ini dibuat selepas selepas perbincangan Pegawai Daerah SPU, Pegawai Penguatkuasa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pulau Pinang, Kementerian Kesihatan Malaysia Pulau Pinang bersama ketua unit nelayan pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Hanya peraih dibenarkan masuk ke kawasan pasar dan menjalankan urusan jual beli dengan nelayan.
Iklan
Beliau berkata, semua urusan jual beli hanya dibenarkan seramai 10 peraih sahaja setiap kali berada dalam kawasan pasar.
"Mereka perlu mengamalkan penjarakkan sosial iaitu jarak satu meter di antara peraih dan penjual. Saya juga mengaturkan penugasan Sekatan Jalan Raya di jalan masuk ke pasar yang dianggotai polis dan bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan penguatkuasa LKIM.
Iklan
"Langkah itu bagi memastikan hanya peraih sahaja yang masuk ke kawasan itu. Orang awam diingatkan memberi kerjasama dengan tidak berurusan secara peribadi untuk mendapatkan bekalan hasil laut," katanya.
Beliau berkata, usaha itu bagi memastikan rantaian wabak Covid-19 dapat dihentikan khususnya di pasar awam.
Terdahulu tular mengenai kawasan pasar tersebut tidak mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan apabila pembeli dan penjual ikan masih menjalankan urusan jual beli hasil laut secara berbisik.
Perkara itu mendapat perhatian ramai menyebabkan polis mengambil langkah menghentikan aktiviti pembelian secara berbisik tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Polis nasihat orang ramai elak ke Pasar Bisik
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam