Covid-19: MAIPs umum inisiatif tambahan
Iklan
inisiatif disediakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berdepan pandemik Covid-19.
KANGAR - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengumumkan inisiatif tambahan baharu iaitu pengecualian bayaran sewaan rumah, kedai dan bazar untuk tempoh tiga bulan bermula Mac kepada semua premis milik MAIPs.
Inisiatif berkenaan merupakan tambahan inisiatif keenam bernilai RM343,317 dan diperkenankan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan media dikeluarkan MAIPs, inisiatif itu bakal memanfaatkan golongan sasar bagi membantu meringankan beban peniaga terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terdiri daripada usahawan Muslim termasuk golongan asnaf dan peniaga kecil.
"Inisiatif tersebut adalah rancangan pakej awal sebelum penilaian selanjutnya dilaksanakan MAIPs,” katanya.
Iklan
Selain itu, MAIPs turut memaklumkan kaedah pengambilan Bantuan Khas Rangsangan Asnaf dilakukan melalui amil kariah di seluruh Perlis.
"Semakan pengambilan berkenaan bagi penerima bantuan Sara hidup Bulanan dan Berkala Tanpa Akaun Bank boleh disemak melalui laman sesawang http://asnaf.maips.gov.my/bantuancovid/,” katanya.
Iklan
Katanya, agihan bantuan ini melengkapkan inisiatif keempat iaitu Bantuan Khas Rangsangan Asnaf seperti diumumkan MAIPs pada 24 Mac lalu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam" /><meta itemprop="description" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam
#SinarHarian #BeritaSemasa #selamatkanmangsabotkaram #pulaujarak" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-22T08:05:36.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/XPHuy1dG3kjhIe-Uc/x180" /><meta itemprop="duration" content="P113S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x99kmyk" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x99kmyk"></script>