SHAH ALAM - UMNO mahu supaya pengagihan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) kepada golongan B40 dapat diagihkan dengan secepat mungkin bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh golongan itu.
Ketua Penerangannya, Shahril Sufian Hamdan berkata, perkara yang paling penting dalam inisiatif itu ialah pemindahan wang tunai terus kepada rakyat dengan segera bagi memberikan kelegaan kepada mereka.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, katanya, pengumuman bahawa Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang mungkin akan diagihkan pada lewat April adalah membimbangkan.
"Jika kekhuatiran kerajaan adalah hendak mengambil masa mendapatkan data M40 yang kali pertama mendapat bantuan sebegini, maka agihkanlah secepat mungkin kepada golongan B40 yang paling terkesan.
"Saya risau banyak individu yang hilang mata pencarian sepanjang tempoh PKP tidak mampu tunggu sehingga hujung April sebelum mendapat 'relief' dari kerajaan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.