Penaksir pajak tipu pelanggan hampir setengah juta ringgit

Iklan
Tertuduh (kanan) berpurdah keluar dari mahkamah dikawal anggota SPRM selepas tidak mengaku ke atas semua tuduhan itu.

KOTA BHARU - Seorang bekas eksekutif wanita sebuah bank di bandar ini juga penaksir pajak mengaku tidak salah di mahkamah sesyen, di sini, hari ini atas 31 dakwaan memalsukan dokumen dan pecah amanah barang kemas bernilai RM494,554.

Tertuduh, Natasya Mohd Zahid, 31, didakwa di hadapan Hakim, Zaman Mohd Noor.

Iklan
Iklan

Pada tuduhan pertama hingga ke 15, tertuduh didakwa memperdaya Ketua Kedai Ar Rahnu X’Change Norhafizah Hanom Mohd Ab Halim dengan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu untuk kelulusan pinjaman gadaian barang kemas keseluruhan berjumlah RM204,410.

Kesalahan dilakukan di Kedai Ar Rahnu X’Change di Jalan Kebun Sultan, di sini antara Mei hingga Oktober 2016.

Iklan

Bagi pertuduhan ke 16 hingga 31, tertuduh didakwa melakukan pecah amanah dengan menggadaikan barang kemas milik enam pelanggan bernilai RM290,144 pada tarikh dan di lokasi sama.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Kelantan, Shahidah Muslimah Roslan, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Mohd Hakimi Ab Kadir.

Iklan

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 4 Mac depan.