KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan untuk melanjutkan penangguhan semua aktiviti keagamaan di semua masjid dan surau di negeri ini sehingga 14 April ini.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda berkata, penangguhan aktiviti keagamaan itu adalah selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).