Tujuh ditahan di Lipis sepanjang PKP

Iklan
Antara individu yang ditahan sepanjang PKP di Lipis. - Foto polis

LIPIS - Seramai tujuh individu di daerah ini ditahan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada 18 Mac lalu hingga hari ini.

Tujuh individu itu termasuk seorang wanita dan tiga warga Indonesia berusia lingkungan 20 hingga 51 tahun yang ditahan di lokasi berasingan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Lipis,Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kes pertama melibatkan tangkapan seorang lelaki di sekatan jalan raya di Kilometer 2 Jalan Lipis - Benta pada jam 10.30 pagi, 26 Mac.

"Pada hari sama seorang lagi lelaki dan wanita ditahan pada jam 10.30 malam di hadapan bazar Sungai Koyan.

Iklan

"Tangkapan seterusnya membabitkan seorang lelaki tempatan dan tiga warga Indonesia di sebuah gerai Majlis Daerah Lipis (MDL) di Jalan Lipis - Padang Tengku semalam pada jam 11.35 pagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Iklan