Ramai akan hadapi kemurungan

Iklan
Pakar Motivasi dan Kaunselor Berdaftar, Hushim Salleh

SHAH ALAM – Ramai rakyat yang mengalami masalah kewangan menghadapi masalah kemurungan kerana terpaksa berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bertujuan memutuskan rantaian koronavirus (Covid-19).

Pakar Motivasi dan Kaunselor Berdaftar, Hushim Salleh berkata, masalah kemurungan juga dikategorikan sebagai kesihatan mental dan jika tidak dibendung akan menjadi masalah mental yang cenderung melakukan perkara negatif.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sejak penularan wabak Covid-19 dan PKP ramai rakyat yang terjejas teruk.

"Sejak PKP 18 Mac lalu, saya menerima banyak aduan yang memohon bantuan keperluan harian. Kebanyakan mereka tidak mempunyai pendapatan tetap serta bergantung kepada gaji hari,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Iklan

Justeru, beliau mencadangkan agihan bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dilaksanakan secepat mungkin bagi mengelakkan rakyat berdepan masalah.

"Saya menyarankan kerajaan terutama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menganjurkan program untuk pasangan suami isteri kerana tidak mustahil kadar perceraian akan menjadi tinggi kesan Covid-19,” katanya.

Iklan

Hushim turut menasihatkan masyarakat berfikiran positif melawan wabak Covid-19 dan menganggap sebagai ujian ALLAH SWT.

"Sebab itu suami selaku ketua keluarga perlu matang dan berfikiran positif, jangan letakkan emosi di hadapan dan jadikan tempoh PKP ini sebagai satu cara untuk merapatkan hubungan dengan isteri dan anak-anak.

"Cuba lakukan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah bersama anak-anak dan bantu isteri di rumah,” jelasnya.