Pengakap Kelana cipta pelindung muka untuk petugas KKM
Iklan
Gambar kanan: Ketua Krew Pengakap Kelana 'D' Daerah Perlis Barat, Abdul Mustaqim Sezali menunjukkan contoh pelindung muka yang dihasilkan Pengakap Kelana Perlis. - Foto Pengakap Kelana Perlis
KANGAR - Walaupun tidak terlatih sepenuhnya dalam bidang perubatan, Pasukan Pengakap Kelana Negeri Perlis mengambil inisiatif menghasilkan 200 unit pelindung muka atau 'face shield'.
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perlis (Unit Kelana), Luqman Ismail berkata, pelindung muka dibuat sendiri untuk petugas barisan hadapan terutamanya kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) ketika ini.
Iklan
Iklan
"Kami mengambil masa dua hari untuk menyiapkan pelindung muka ini dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti plastik lutsinar, span, gam dan beberapa bahan lain yang diperolehi dari kedai serbaneka.
"Bahan asas dibeli menggunakan sumbangan orang awam dan ahli Pengakap Kelana Perlis dan selepas siap ia diserahkan kepada wakil Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah di sini kelmarin," katanya kepada Sinar Harian di sini.
Iklan
Luqman berkata, Pengakap Kelana akan terus menyiapkan lebih banyak pelindung muka selagi mendapat sumbangan dana daripada pelbagai pihak termasuk orang perseorangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perlis, Azmi Abdullah ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya menyambut baik usaha ahli Pengakap Kelana di negeri ini bagi membantu petugas barisan hadapan.
Iklan
"Syabas kepada ahli-ahli Pengakap Kelana Negeri Perlis yang bertungkus-lumus menyiapkan pelindung muka secara sukarela dan terima kasih kepada yang beri sumbangan wang.
"Kepada yang mahu membantu, kami masih terbuka untuk menerima sumbangan dengan menghubungi Pesuruhjaya Ibu Pejabat Pengakap Negeri Perlis, Ain Najihah di talian 018-4663992," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam