KUANTAN - Semua premis makanan di Jerantut, Pekan dan Raub tidak dibenarkan melakukan operasi penjualan secara bawa pulang atau 'takeaway' mulai Selasa ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, arahan itu juga meliputi restoran makanan segera di tiga daerah terbabit dan berkuat kuasa sehingga kerajaan Persekutuan menarik balik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).