Bomba melecur ketika cuba selamatkan dokumen penting

Iklan
Anggota bomba memadam kebakaran rumah di Jalan Bunga Raya, Ampang Jajar, petang tadi. - Foto JBPM Kedah

ALOR SETAR - Seorang anggota bomba melecur ketika cuba menyelamatkan dokumen penting selepas rumah ibunya terbakar di Jalan Bunga Raya, Ampang Jajar petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, Mohd Izaham Md Isa mengalami kecederaan pada bahagian tangan kiri kanan, bahagian kaki serta di bahagian belakang.

Mangsa yang melecur dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk rawatan susulan. - Foto JBPM Kedah

Iklan
Iklan

Menurutnya, anggota dari Balai bomba dan penyelamat (BBP) Alor Setar memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan selanjutnya.

"Makluman dari komander operasi, rumah tersebut adalah kediaman ibu kepada salah seorang anggota bomba dari BBP Amanjaya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Mohamadul Ehsan berkata, setibanya pasukan operasi ke tempat kejadian, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan rumah dua tingkat Kelas B dan sebuah kereta jenis Proton Wira.

Anggota bomba memadam kebakaran rumah yang menyaksikan kemusnahan sehingga 90 peratus di Jalan Bunga Raya, Ampang Jajar, petang tadi. - Foto JBPM Kedah

Menurutnya, anggotanya tiba di lokasi pada jam 3.48 petang selepas menerima panggilan pada jam 3.43 petang.

Iklan

"Anggota BBP Jalan Raja yang dibantu pasukan bomba sukarela berjaya mengawal api pada jam 3.55 petang," katanya.