KUALA LUMPUR - Anggota polis trafik menahan sebuah motosikal ketika sekatan jalan raya yang dilakukan di Kampung Sungai Lui Batu 21 hari ini.
Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor, mulai tengah malam tadi melibatkan tujuh kampung iaitu dua perkampungan Orang Asli dan lima perkampungan Melayu. Perintah yang berkuatkuasa mulai tengah malam 30 Mac hingga 13 April itu melibatkan 3,918 orang penduduk merangkumi 700 rumah.