KUALA LUMPUR - Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan syarikat penerbangan Saudia Airlines sedang berusaha bagi membolehkan rakyat Malaysia kembali ke tanah air.
Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh menerusi satu kenyataan berkata, syarikat penerbangan itu bercadang mendapatkan jumlah rakyat Malaysia bagi membuka penerbangan untuk membawa keluar mereka dari Arab Saudi.