Covid-19: Kes kematian tinggi, Itali lanjut tempoh kuarantin

Iklan
Langkah kuarantin yang dikuatkuasa di seluruh Itali tiga minggu lalu untuk membendung wabak koronavirus (Covid-19) akan dilanjutkan, kata Menteri Kesihatan Roberto Speranza, lapor agensi berita Sputnik.

MOSCOW - Langkah kuarantin yang dikuatkuasa di seluruh Itali tiga minggu lalu untuk membendung wabak koronavirus (Covid-19) akan dilanjutkan, kata Menteri Kesihatan Roberto Speranza, lapor agensi berita Sputnik.

"Hari ini, negara kita masih menjadi pusat krisis. Kita tidak boleh kurangkan langkah pencegahan. Langkah itu akan berakhir pada 3 April dan ia pasti akan dilanjutkan," kata Speranza ketika muncul di stesen televisyen Rai 2 semalam.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kerajaan akan bermesyuarat hari ini untuk membincangkan mengenai langkah kuarantin itu.

"Kita masih perlu berkorban. Kita memerlukan lebih banyak masa," ujarnya.

Iklan
Iklan

Itali menjadi pusat terbaru penularan wabak Covid-19 di Eropah. Sehingga 17:00 GMT semalam, negara ini mencatatkan lebih 97,000 kes jangkitan dan lebih 10,700 kematian. - Bernama