Kes tembak: Kejadian bermotifkan dendam

Iklan
Che Zaimani

GEORGETOWN - Motif dendam berkaitan dadah dipercayai punca seorang kontraktor pembinaan ditembak dalam kejadian awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, ia susulan terdapat 15 kesan tembakan di tubuh mangsa termasuk dada.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis menahan tujuh lelaki berusia lingkungan 20 hingga 48 tahun termasuk bapa saudara mangsa bagi membantu siasatan.

"Kita menahan mereka untuk siasatan namun apabila polis menerima maklumat bahawa kes ini ada kena mengena dengan dadah, maka ujian saringan air kencing dijalankan ke atas kesemua mereka.

Iklan

"Empat daripada mereka termasuk bapa saudara mangsa ditahan kerana positif dadah. Mereka direman bermula semalam sehingga 19 Januari ini," katanya ketika ditemui hari ini.

Terdahulu, seorang kontraktor pembinaan maut selepas ditembak dari jarak dekat ketika sedang berbual dengan rakan-rakannya awal pagi semalam.

Iklan

Che Zaimani berkata, suspek sebenar sedang giat dikenalpasti namun polis percaya, ia berkaitan dengan dua sindiket dadah yang bergaduh.

Mangsa, Mohammad Nazrulhisyam Mohamed Meera, 27 maut di tempat kejadian selepas ditembak lima das dari jarak kurang dari tiga meter.

Ketika kejadian, mangsa yang dikenali sebagai 'Syam Sado' dikatakan sedang berbual dengan enam rakan termasuk bapa saudaranya, pada jam 11.30 malam semalam di parkir di bawah Flat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Jalan Patani di sini.

Namun, kira-kira jam 12.07 tengah malam, sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 yang dinaiki dua lelaki datang dari arah belakang lalu memberhentikan motosikal di belakang mangsa.

Salah seorang lelaki tersebut turun dari motosikal lalu melepaskan tembakan ke arah mangsa yang berasal dari Lebuh Chulia itu.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 12.48 tengah malam.