SHAH ALAM – Pemuda UMNO menerima banyak permintaan supaya Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dapat disegerakan.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melalui kenyataannya di Facebook hari ini berkata, kerajaan tidak perlu menunggu sehingga penghujung April kerana ramai rakyat menghadapi kehidupan sukar apabila tidak dapat keluar bekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)