MSU bantu pelajar melalui program ‘meals on me’

Iklan
MSU menerusi Yayasan MSU mengedarkan makanan khusus kepada pelajar terkesan akibat pelaksanaan PKP di The Hub, kampus MSU dengan dikoordinasi oleh Student & Career Development Department.

SHAH ALAM - Management and Science University (MSU) menerusi Yayasan MSU melancarkan program Meals on Me (MOM) yang berperanan mengedarkan makanan kepada pelajar yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

MSU melalui satu kenyataan hari ini memaklumkan, kira-kira 500 pelajar antarabangsa dan tempatan yang menginap di The Residence (kemudahan penginapan dalam kampus) serta penginapan di sekitar kampus universiti itu di Seksyen 13 terkesan selepas pelaksanaan PKP.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, Yayasan MSU mengedarkan makanan yang berpusat di The Hub dalam kampus berkenaan yang dikoordinasikan oleh Student & Career Development Department.

"Kos penyediaan makanan tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan MSUdan program itu turut memberi peluang kepada warga MSU untuk membantu pelajar yang dalam kesusahan.

Iklan

"Sehingga kini, Yayasan MSU telah mengumpulkan sumbangan mencecah RM10,000 untuk program MOM sehingga tempoh arahan PKP berakhir,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, sepanjang pelaksanaan PKP, MSU memastikan aspek keselamatan, pembelajaran dan pengajaran pelajarnya tidak terjejas.

Iklan

Menurutnya arahan penjagaan kesihatan dan kebersihan turut menjadi keutamaan bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19.

"Pihak universiti juga menyediakan penawaran subjek secara modular serta perbincangan berterusan dengan rakan universiti di luar negara. Ini termasuk perlaksanaan proses pembelajaran secara dalam talian termasuk kuliah, tugasan, nota serta penangguhan aktiviti-aktiviti mobiliti antarabangsa dan latihan industri.

"MSU Medical Centre Specialist Hospital pula menyediakan perkhidmatan perubatan kepada warga MSU termasuk pelajar.

"Tindakan diambil ini selaras dengan arahan Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Kesihatan Negeri serta Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.