'Ustaz jangan berhenti ya'

Iklan
Paparan Facebook Ustaz Ebit Lew yang sentiasa menarik perhatian ramai.

KUALA LUMPUR - Para petugas barisan hadapan berharap penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew meneruskan agihan pelbagai sumbangan kerana ketika penularan wabak koronavirus (Covid-19) ia sangat diperlukan.

Demikian luahan beberapa petugas perubatan ketika Ustaz Ebit Lew menghubungi mereka untuk mengesahkan dakwaan barisan hadapan tidak memerlukan bantuan lagi.

Iklan
Iklan

Berkongsi kisah, katanya, ketika ini bantuan sangat diperlukan terutama bantuan perubatan.

"Saya call (hubungi) banyak hospital. Saya tanya betul ke semua bantuan sudah terbuang dan tak perlu semua pertolongan.

Iklan

"Kata mereka, 'Saya tak tahu tempat lain. Tapi kami di sini masih banyak kekurangan. Perlu ustaz. Semua belum cukup lagi. Ustaz jangan berhenti ya. Teruskan ya. Terima kasih ustaz. Tolong ya ustaz'.

"Begitulah ayat semua pegawai doktor yang berurusan dengan saya. Mereka semua beri saya surat permohonan barang dan surat perlepasan." jelasnya.

Iklan

Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap persediaan gelombang ketiga Covid-19 terutama kelengkapan peralatan perubatan sama ada mencukupi atau tidak.

"Banyak tempat (hospital tambahan) baharu dah mula dibuka. Semua hospital telah luaskan tempat saringan dan kuarantin.

"Namun syukur pada ALLAH tempahan saya untuk 15 penghawa dingin mudah alih dan 30 kipas tinggi dan 'kettle' sudah sampai serta 'apron, face shield' berjumlah 3,000 dan lain-lain," katanya.

Dalam membantu barisan hadapan, beliau dalam pada masa sama tidak melupakan golongan asnaf yang memerlukan bantuan.

Ustaz Ebit Lew telah menyediakan seramai 10 penunggang motosikal bagi agihan dan menghantar makanan kepada golongan sasaran dan mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang.