Peringatan kepada media Kelantan

Iklan
Pengamal media yang menyertai operasi nyah cemar di Pengkalan Chepa hari ini turut mengutamakan aspek keselamatan diri.

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan mengingatkan pengamal media di negeri ini supaya tidak meletakkan diri dalam risiko ketika membuat laporan berkaitan perkembangan semasa berkaitan koronavirus (Covid-19).

Pengarah Bomba Kelantan, Md Salleh Sarbini berkata, walaupun belum ada pengamal media di negeri ini dijangkiti Covid-19, namun pihak terlibat sebagai antara barisan hadapan bertugas untuk negara itu perlu mengutamakan keselamatan diri.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia termasuklah pengguna peralatan keselamatan sekiranya berada di kawasan-kawasan berisiko dan menjaga jarak sosial ketika berada di lapangan.

"Jaga keselamatan diri, pakai sarung tangan, topeng muka. Kalau di tempat-tempat berisiko dan tidak menggunakan peralatan perlindungan diri yang lengkap, jangan dekati. Ia mendatangkan risiko,” katanya kepada media hari ini.

Iklan

Terdahulu, beliau menyertai Program Sanitasi Awam-Covid-19 di Pasar Tok Guru, Pengkalan Chepa yang turut disertai Timbalannya, Anwar Abu Bakar.

Operasi nyah cemar pasar tersebut disertai 110 anggota termasuk polis, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam dan Kementerian Kesihatan.

Iklan

Difahamkan setakat ini, tiga pengamal media menjalankan kuarantin sendiri di rumah selama 14 hari kerana mengalami simptom demam dan batuk, namun mereka negatif Covid-19.