Pelita Nasi Kandar sedia 300 hamper bantuan setiap hari
Iklan
Makanan percuma diberikan kepada mereka yang bertugas di barisan hadapan.
BUKIT MERTAJAM - Restoran Nasi Kandar Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd akan menyediakan bantuan 300 hamper setiap hari bagi membantu golongan kurang berkemampuan yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengarah Eksekutifnya, Datuk KK Sihabutheen berkata, bantuan berkenaan akan diedarkan bermula jam 11 pagi hingga 2 petang bermula pada 1 April hingga 14 April depan di cawangan Nasi Kandar Pelita, Taman Chai Leng, Perai di sini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, bantuan berkenaan diberikan kepada mereka yang terawal dan hanya satu orang yang layak memohon bagi satu keluarga.
"Kita berharap bantuan ini akan memberi manfaat kepada mereka yang benar-benar memerlukan di saat semua sedang berdepan kesukaran akibat wabak koronavirus (Covid-19).
Iklan
"Sama-samalah kita melakukan kebaikan, jika tidak mampu buat kebaikan jangan sekali-kali kita buat kejahatan," katanya ketika dihubungi di sini.
Kakitangan Pelita Nasi Kandar menyampaikan pek makanan percuma kepada anggota polis yang bertugas.
Sihabutheen berkata, bagi menghormati dan mematuhi arahan PKP yang dilaksanakan kerajaan, pihaknya mengambil keputusan untuk menutup semua operasi premis perniagaannya kecuali cawangan induk di Taman Chai Leng di sini.
Iklan
Katanya, cawangan berkenaan hanya dibuka bermula jam 11 pagi hingga 2 petang yang menyediakan nasi bungkus percuma kepada petugas barisan hadapan kakitangan kerajaan.
"Kita telah menyediakan makanan percuma untuk barisan hadapan sejak 21 Mac lalu dan sehingga semalam, pihak Pelita Nasi Kandar seluruh Malaysia telah pun memberikan sebanyak 78,362 bungkus nasi dan minuman kepada mereka.
"Kita sangat menghargai pengorbanan mereka yang sanggup berkorban untuk negara bagi memastikan semuanya selamat dan terhindar daripada wabak merbahaya," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam