Empat individu ditahan disyaki pecah masuk bengkel motosikal

Iklan
Antara barangan curi yang dirampas.

GOMBAK – Seramai empat individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pecah masuk sebuah bengkel di Batu 7, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kesemua suspek berusia 22 tahun hingga 26 tahun ditahan pada jam 1.45 petang pada hari yang sama.

Iklan
Iklan

"Mereka ditahan dalam serbuan di Jalan Kunci Air Batu 6 Simpang 3, di sini. Kita turut menemui beberapa barangan yang dicuri dari bengkel tersebut,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Arifai berkata, hasil soal siasat ke atas suspek, polis menyerbu sebuah stor penyimpanan barangan curi di Rumah Panjang Sungai Kertas Batu Caves.

Iklan

"Suspek juga telah menunjukkan lokasi membuang rangka motosikal yang dicuri di tebing sungai, Batu 10 Jalan Lama Gombak. Kesemua suspek direman sejak semalam sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa berusia 26 tahun menyedari bengkel motosikalnya dipecah masuk selepas mendapati pintu hadapan telah diumpil dan peralatan motosikal telah dicuri.

Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, 379A Kanun Keseksaan dan Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dan Dalam Kawalan Tempatan Jangkitan) 2020.