Bomba laksana operasi sanitasi Covid-19 di dua lokasi berisiko

Iklan
Pihak SWM Environment dan bomba dengan kerjasama agensi lain melakukan kerja-kerja Operasi Sanitasi Awam Covid-19 di Kampung Sinaran Baru, Kempas Johor, hari ini.

JOHOR BAHRU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dan beberapa agensi lain melaksanakan Operasi Sanitasi Awam Covid-19 di Bandar Sempang Renggam, Kluang dan Kampung Sinaran Baru, Kempas di sini hari ini.

Operasi yang bermula pada jam 9 pagi dan selesai jam 1 petang itu melibatkan 137 pegawai dari pelbagai agensi di Bandar Simpang Renggam dan 142 pegawai lagi di kampung berkenaan dengan JBPM menjadi Jawatankuasa Penyelarasnya.

Iklan
Iklan

Pengarah JBPM Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, operasi berkenaan dijalankan di dua kawasan yang berisiko tinggi di negeri ini dan akan diperluaskan ke semua daerah selepas ini.

"Ini bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) dan mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap tempat tumpuan awam seperti tempat membeli-belah dan pasar raya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pihak SWM Environment dan bomba dengan kerjasama agensi lain melakukan kerja-kerja Operasi Sanitasi Awam Covid-19 di Kampung Sinaran Baru, Kempas Johor, hari ini.

Iklan
Sementara itu, Pengurus Besar Korporat, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, pihaknya turut terlibat dengan dua lagi operasi di Negeri Sembilan.

"Ini disokong dengan 20 buah jentera penyembur dan empat buah jentera lori tangki," katanya dan memberitahu pihaknya komited mempersiapkan sumber tenaga dan aset sedia ada pada masa akan datang untuk terlibat dalam operasi sanitasi awam yang diselaraskan JBPM.

Katanya, operasi itu akan dilakukan mengikut ketetapan pihak JBPM dengan lokasi tertumpu di jalan-jalan utama, lampu isyarat, lampu jalan, bangunan dan kemudahan awam di sepanjang jalan utama.

Iklan