50 hektar hutan simpan di Cheneh terbakar

Iklan
Gambar hiasan

CHUKAI - Kira-kira 50 hektar hutan simpan di Kampung Ban Ho, Cheneh di sini terbakar dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka oleh individu tidak bertanggungjawab.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Azman Alias berkata, kebakaran yang berlaku sejak petang tadi, masih belum berjaya dipadamkan.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, kita belum dapat memastikan keluasan sebenar kebakaran tersebut kerana keadaan api yang marak dan kesukaran untuk masuk ke lokasi itu.

"Petang tadi kita hanya melakukan pemadaman setakat mana kawasan yang boleh kita masuk terlebih dahulu kerana keadaan cuaca semakin gelap menyukarkan pergerakan dan juga membahayakan keselamatan anggota," katanya ketika dihubungi hari ini.

Iklan

Menurutnya, sebuah jentera dengan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 4 petang,

"Api yang merebak dengan pantas berikutan angin kuat dan cuaca kering menyukarkan kerja-kerja memadamkan kebakaran itu," katanya.

Iklan

Katanya, operasi ditangguhkan pada 7 malam ini dan disambung semula pada 8 pagi esok, namuan pasukannya akan memantau situasi kebakaran dari semasa ke semasa. - Bernama