Kes Covid-19 seluruh dunia melebihi 750,000

Iklan
Sehingga kini lebih 158,000 orang yang didiagnosis dengan penyakit itu sembuh. - Foto: Agensi

ANKARA - Hanya selepas beberapa hari kes koronavirus (Covid-19) mencecah setengah juta, jumlah jangkitan di seluruh dunia semalam melebihi 755,000, lapor agensi berita Anadolu memetik data Johns Hopkins University.

Virus maut itu kini menular ke sekurang-kurangnya 177 negara dan wilayah di seluruh dunia, dengan lebih 36,000 kematian.

Iklan
Iklan

Sehingga kini lebih 158,000 orang yang didiagnosis dengan penyakit itu sembuh.

Itali, Sepanyol, China dan Iran kekal menjadi negara paling banyak kes kematian manakala Amerika Syarikat mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi iaitu 132,637.

Iklan

Kematian paling ramai dilaporkan di Itali dengan 11,591 orang dan lebih 101,000 kes jangkitan, Sepanyol 7,340 kematian dan jumlah kes melebihi 85,000. China mencatatkan lebih 3,300 kematian dan melebihi 82,100 kes.

Angka korban di Iran pula mencecah 2,757 orang dengan lebih 41,400 kes jangkitan. - Bernama

Iklan