Terima kasih Pharmaniaga!: Dr Adham Baba

Iklan
Dr Adham diberi penerangan ketika melawat Pharmaniaga Shah Alam, tengah malam tadi.

PUTRAJAYA - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menzahirkan ucapan terima kasih kepada syarikat farmaseutikal, Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) yang bertungkus-lumus memastikan bekalan dan peralatan perubatan mencukupi ketika negara berdepan dengan wabak Covid-19.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Dr Adham memuat naik beberapa keping gambar semasa lawatan ke Pharmaniaga tengah malam tadi.

Iklan
Iklan

"Melawat Pharmaniaga Shah Alam sekitar jam 12.30 malam tadi untuk berjumpa dengan mereka yang bertungkus-lumus bekerja siang dan malam dalam pengeluaran peralatan dan ubat-ubatan di sana.

Terima kasih buat pasukan Pharmaniaga," katanya.

Iklan

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) akan sentiasa berusaha supaya bekalan peralatan dan ubat-ubatan mencukupi.

"Selain itu kementerian itu berusaha memastikan agihan ke fasiliti Kesihatan dibuat 'on time', katanya.

Iklan

Pada 31 Oktober 2019, Menteri Kesihatan ketika itu, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkhidmatan Pharmaniaga yang memegang konsesi pembekalan ubat-ubatan serta peralatan perubatan kepada KKM akan berakhir.

Keputusan itu dibuat apabila kementerian itu memutuskan memperkenalkan sistem tender terbuka bagi tujuan itu.

Bagaimanapun konsesi Pharmaniaga yang berakhir 30 November lalu dilanjutkan selama 25 bulan bagi melancarkan peralihan tersebut bagi memastikan bekalan dan peralatan perubatan tidak terputus.